Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
(a)
bagi mendapatkan kembali tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
WJW21/1045 Akta 599.indd 108 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 109
(b)
yang mempersoalkan hakmilik kepada mana-mana tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais;
(c)
yang mengandungi pertikaian mengenai—
(i)
hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tidak berwasiat (termasuk kematian tidak berwasiat separa);
(ii)
nama baik;
(iii)
apa-apa hak dalam tindakan; atau
(iv)
apa-apa rahsia perdagangan atau harta intelek lain;
(ca) yang boleh dikemukakan oleh pengguna yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan
Malaysia 2015 [Akta 771];
(d)
apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
(2)
Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.
(3)
Tiada apa-apa dalam seksyen ini disifatkan membenarkan
Tribunal untuk mendengar suatu tuntutan yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian.
(4)
Bagi maksud subseksyen (1), “tanah” tidaklah termasuk lekapan.
WJW21/1045 Akta 599.indd 109 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 599
Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian