Malaysia legislation

Section 10

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 10

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, adalah menjadi suatu pelanggaran hak seseorang pemegang hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung jika mana-mana orang melakukan atau menyebabkan mana-mana orang lain melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam seksyen 9 tanpa persetujuan pemegang hak itu.