Malaysia legislation

Section 11

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 11

Perbuatan yang bukan pelanggaran

Tidaklah menjadi pelanggaran hak seseorang pemegang hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung—

(a)

jika penghasilan semula itu ialah penghasilan semula mana-mana bahagian reka bentuk susun atur terlindung yang tidak mematuhi kehendak keaslian yang disebut dalam subseksyen 5(1);

(b)

jika penghasilan semula itu dilakukan bagi maksud persendirian dan bukan bagi maksud pengeksploitasian secara perdagangan;

(c)

jika penghasilan semula itu dilakukan semata-mata bagi maksud penilaian, penganalisisan, penyelidikan atau pengajaran;

(d)

untuk menggunakan hasil apa-apa penilaian, penganalisisan atau penyelidikan yang dijalankan menurut perenggan

(c)

untuk mencipta reka bentuk susun atur yang berlainan yang mematuhi kehendak keaslian yang disebut dalam subseksyen 5(1);

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 13

(e)

untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam seksyen 9 berkenaan dengan reka bentuk susun atur yang berlainan yang disebut dalam perenggan (d);

(f)

bagi pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung yang lain—

(i)

yang serupa dengan reka bentuk susun atur terlindung yang disebut terdahulu; dan

(ii)

yang dicipta secara berasingan, untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam seksyen 9 berkenaan dengan reka bentuk susun atur yang lain itu; atau

(g)

untuk mengeksploitasikan secara perdagangan salinan reka bentuk susun atur terlindung itu, litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu atau barang yang mengandungi litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu selepas salinan, litar bersepadu atau barang itu telah dieksploitasikan secara perdagangan, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, melalui atau dengan persetujuan pemegang hak itu.

Pelanggaran tidak salah