Malaysia legislation

Section 13

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 13

(2)

Tertakluk kepada Akta ini, relief yang boleh diberikan oleh

Mahkamah Tinggi dalam tindakan di bawah subseksyen (1)

termasuklah injunksi dan Mahkamah Tinggi boleh mengenakan apa-apa terma atas pemberian injunksi itu yang didapati patut oleh

Mahkamah Tinggi.

(3)

Sebagai tambahan kepada injunksi yang diberikan di bawah subseksyen (2), Mahkamah Tinggi boleh, tertakluk kepada Akta ini, membuat suatu perintah bagi ganti rugi atau pemberian penyata mengenai keuntungan atau apa-apa relief lain yang didapati patut oleh Mahkamah Tinggi.

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 15

(4)

Jika, dalam sesuatu tindakan kerana pelanggaran hak dalam reka bentuk susun atur terlindung, adalah dibuktikan bahawa suatu pelanggaran telah dilakukan tetapi bahawa pada masa pelanggaran itu defendan tidak menyedari atau tidak mempunyai apa-apa alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa perbuatan yang merupakan pelanggaran itu ialah suatu pelanggaran, plaintif tidak berhak mendapat apa-apa ganti rugi daripada defendan berkenaan dengan pelanggaran itu tetapi hendaklah berhak mendapat penyata mengenai keuntungan berkenaan dengan pelanggaran itu, sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak.

(5)

Dalam mana-mana tindakan yang dalamnya ganti rugi mungkin diawardkan, Mahkamah Tinggi boleh, dengan mengambil kira segala hal keadaan kes itu termasuk perihal berterang-terangannya pelanggaran itu dan apa-apa manfaat yang ditunjukkan telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran itu, mengawardkan ganti rugi tambahan.

Had masa tindakan