Malaysia legislation

Section 15

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 15

(a)

litar bersepadu yang dalamnya digabungkan suatu reka bentuk susun atur terlindung akan dieksploitasikan secara perdagangan; atau 16

Undang-Undang Malaysia

(b)

orang itu tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa barang itu telah atau akan terutamanya digunakan untuk membuat litar bersepadu yang dalamnya digabungkan suatu reka bentuk susun atur terlindung.

(2)

Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat perintah bagi penyerahan melainkan jika Mahkamah Tinggi juga membuat, atau ternyata kepada Mahkamah Tinggi bahawa terdapat alasan untuk membuat, suatu perintah di bawah seksyen 16.

(3)

Seseorang yang kepadanya litar bersepadu atau barang yang disebut dalam subseksyen (1) diserahkan hendaklah, jika suatu perintah di bawah seksyen 16 tidak dibuat pada masa perintah di bawah seksyen ini dibuat, menyimpan litar bersepadu atau barang itu sementara menunggu perintah itu dibuat, atau keputusan untuk tidak membuat perintah itu, di bawah seksyen 16.

Perintah bagi pelupusan