Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
perintah bagi pelupusan; atau
(b)
keputusan bahawa tiada perintah bagi pelupusan dibuat.
(2)
Sesuatu perintah bagi pelupusan boleh memerintahkan bahawa litar bersepadu atau barang yang diserahkan di bawah seksyen 15—
(a)
adalah terlucut hak kepada pemegang hak; atau
(b)
hendaklah dimusnahkan atau dilupuskan sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.
(3)
Dalam memutuskan perintah atau keputusan apa yang hendak dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah mengambil kira sama ada remedi lain yang tersedia bagi pemohon mencukupi untuk memampasi pemohon dan melindungi kepentingan pemohon.
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 17
(4)
Mahkamah Tinggi hendaklah mengeluarkan arahan tentang penyampaian notis tentang permohonan di bawah seksyen ini kepada orang yang mempunyai kepentingan mengenai litar bersepadu atau barang yang diserahkan di bawah seksyen 15.
(5)
Mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai litar bersepadu atau barang yang diserahkan di bawah seksyen 15
berhak—
(a)
hadir dalam prosiding di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak notis disampaikan kepada orang itu; dan
(b)
merayu terhadap mana-mana perintah yang dibuat, sama ada atau tidak orang itu hadir dalam prosiding di bawah seksyen ini.
(6)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh mula berkuat kuasa sehingga akhir tempoh notis rayuan boleh diberikan atau, jika sebelum akhir tempoh itu notis rayuan telah diberikan dengan sewajarnya, sehingga penentuan muktamad atau peninggalan prosiding atas rayuan itu.
(7)
Jika terdapat lebih daripada satu orang yang mempunyai kepentingan mengenai litar bersepadu atau barang yang diserahkan di bawah seksyen 15, Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan supaya litar bersepadu atau barang itu dijual atau diuruskan mengikut apa-apa cara lain dan hasilnya dibahagikan dan hendaklah membuat apa-apa perintah lain yang didapatinya patut.
(8)
Jika Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tiada perintah patut dibuat di bawah seksyen ini, orang yang dalam milik, jagaan atau kawalannya litar bersepadu atau barang itu berada sebelum diserahkan di bawah seksyen 15 hendaklah berhak mendapatkannya balik dan Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan orang itu atau mana-mana orang yang terkilan dengan perintah bagi penyerahan yang dibuat di bawah seksyen 15, membuat perintah mengawardkan pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh sebab penyerahan itu.
(9)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyebabkan seseorang peguam bela dan peguam cara bertanggungan untuk membayar pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan olehnya dalam tugas ikhtisasnya bagi pihak seseorang klien.
18
Undang-Undang Malaysia
Anggapan perlindungan dan pemegang hak