Malaysia legislation

Section 18

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 18

(a)

reka bentuk susun atur itu ialah suatu reka bentuk susun atur terlindung; dan

(b)

plaintif adalah pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu.

(2)

Sesuatu afidavit di bawah subseksyen (1) boleh diangkat sumpah tentangnya oleh pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung atau oleh ejen diberi kuasanya bagi pihaknya.

(3)

Seseorang yang bertindak sebagai ejen diberi kuasa seseorang pemegang hak bagi maksud subseksyen (1) hendaklah mengemukakan pemberian kuasa itu secara bertulis bersama dengan afidavitnya mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang ditetapkan.

(4)

Sesuatu afidavit di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang terkandung dalam afidavit itu.

(5)

Jika Mahkamah Tinggi mendapati, atas permohonan suci hati sesuatu pihak, bahawa deponen sesuatu afidavit patut diperiksa balas berkenaan dengan perkara yang diangkat sumpah dalam afidavit

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 19

itu, afidavit itu tidak boleh digunakan dalam tindakan itu melainkan jika deponen itu hadir sebagai saksi untuk pemeriksaan balas itu atau Mahkamah Tinggi yang di hadapannya prosiding sedang dijalankan, mengikut budi bicaranya, membenarkan afidavit itu digunakan tanpa deponen itu hadir sedemikian.

(6)

Tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah Tinggi untuk mengawardkan kos, Mahkamah Tinggi boleh mengawardkan kos—

(a)

terhadap plaintif—

(i)

yang mengangkat sumpah tentang afidavit di bawah subseksyen (1) yang mengaibkan, tidak berkaitan atau selainnya bersifat menindas; atau

(ii)

jika kemudiannya didapati bahawa—

(A)

reka bentuk susun atur itu bukan suatu reka bentuk susun atur terlindung;

(B)

plaintif bukan pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung; atau

(C)

tidak ada pelanggaran hak plaintif sebagai pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung;

(b)

terhadap defendan—

(i)

yang memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya deponen sesuatu afidavit hadir bagi maksud pemeriksaan balas berkenaan dengan perkara yang diangkat sumpah tentangnya dalam afidavit itu;

atau

(ii)

yang kemudiannya didapati bersalah atas pelanggaran hak plaintif sebagai pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung.

(7)

Dalam mengawardkan kos di bawah subseksyen (6),

Mahkamah Tinggi hendaklah mengambil kira kos sebenar yang dilakukan oleh defendan atau plaintif, mengikut mana-mana yang berkenaan, akibat afidavit yang diangkat sumpah tentangnya oleh plaintif atau permohonan supaya seseorang deponen hadir dan

Mahkamah Tinggi boleh mengawardkan kos di bawah subseksyen

(6)

melebihi had kos, jika ada, yang boleh diawardkan oleh Mahkamah

Tinggi.

20

Undang-Undang Malaysia

Section 18 — AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000