Malaysia legislation

Section 19

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 19

(2)

Sesuatu penyerahhakan atau pemindahan lain boleh dibuat secara keseluruhan atau sebahagian.

(3)

Sesuatu penyerahhakan atau pemindahan lain tidak boleh berkuat kuasa terhadap pihak ketiga melainkan jika—

(a)

penyerahhakan atau pemindahan lain itu bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak penyerah hak; dan

(b)

pihak ketiga itu mempunyai notis mengenai penyerahhakan atau pemindahan lain itu, sama ada sebenar atau konstruktif.

(4)

Jika hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung dipegang oleh lebih daripada satu orang, sesuatu penyerahhakan atau lesen yang diberikan oleh seorang pemegang hak hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyerahhakan atau lesen itu juga diberikan oleh pemegang hak yang lain, dan tertakluk kepada apa-apa perjanjian antara pemegang hak, fi yang diterima oleh mana-mana pemegang hak hendaklah dibahagikan sama rata antara semua pemegang hak.

(5)

Sesuatu lesen yang diberikan berkenaan dengan sesuatu hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung oleh seseorang pemegang hak mengikat setiap pengganti dalam hakmilik kepada kepentingan mengenai hak pemegang hak itu sehingga takat yang sama seperti lesen itu mengikat pemegang hak itu, kecuali pembeli suci hati dengan nilai yang tidak mempunyai notis (sebenar atau konstruktif) mengenai lesen itu dan orang yang hakmiliknya terbit daripada pembeli itu.

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 21

Hak masa depan

Section 19 — AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000