Malaysia legislation

Section 21

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 21

(2)

Seseorang pemegang lesen eksklusif hendaklah mempunyai, kecuali terhadap pemegang hak, hak tindakan yang sama dan adalah berhak kepada remedi yang sama berkenaan dengan perkara yang berlaku selepas pemberian lesen eksklusif itu seolah-olah lesen itu ialah suatu penyerahhakan.

22

Undang-Undang Malaysia

(3)

Hak dan remedi pemegang lesen eksklusif hendaklah bersama dengan hak dan remedi pemegang hak.

(4)

Dalam sesuatu tindakan yang dibawa di bawah Bahagian III oleh pemegang lesen eksklusif menurut kuasa seksyen ini, pembelaan di bawah Akta ini yang tersedia bagi seseorang defendan dalam tindakan itu jika tindakan itu dibawa oleh pemegang hak hendaklah tersedia bagi defendan terhadap pemegang lesen eksklusif itu.

Penjalanan hak bersama