Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu permohonan oleh pemegang hak atau pemegang lesen eksklusif untuk mendapatkan relief interlokutori.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen 18(6) dan 18(7), pemegang hak atau pemegang lesen eksklusif yang ditambahkan sebagai defendan dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen (1) tidak bertanggungan bagi apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika pemegang hak atau pemegang lesen eksklusif itu memasukkan kehadiran dan mengambil bahagian dalam prosiding itu.
(4)
Jika suatu tindakan bagi pelanggaran hak seseorang pemegang hak mengenai reka bentuk susun atur terlindung dibawa dan tindakan itu berkaitan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan sesuatu
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 23
pelanggaran yang berkenaan dengannya pemegang hak dan pemegang lesen eksklusif mempunyai hak tindakan bersama—
(a)
Mahkamah Tinggi hendaklah, dalam menaksirkan ganti rugi, mengambil kira terma lesen dan apa-apa remedi kewangan yang telah diawardkan sebelum itu atau yang tersedia bagi mana-mana daripada mereka berkenaan dengan pelanggaran itu;
(b)
Mahkamah Tinggi hendaklah, jika penyata mengenai keuntungan diarahkan supaya diambil berkenaan dengan pelanggaran itu dalam tindakan itu, mengumpukkan keuntungan itu antara mereka sebagaimana yang didapati adil oleh Mahkamah Tinggi dan hendaklah memberikan apa-apa arahan yang didapati patut oleh Mahkamah Tinggi untuk memberikan kesan kepada pengumpukan itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian antara mereka tentang pembahagian keuntungan itu;
(c)
Mahkamah Tinggi tidak boleh, jika penyata mengenai keuntungan telah diarahkan memihak kepada satu daripada pihak itu berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, mengawardkan ganti rugi berkenaan dengan pelanggaran yang sama kepada pihak yang satu lagi; dan
(d)
Mahkamah Tinggi tidak boleh, jika suatu award ganti rugi telah dibuat atau suatu penyata mengenai keuntungan telah diarahkan memihak kepada satu daripada pihak itu berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, mengarahkan supaya penyata mengenai keuntungan dibuat memihak kepada pihak yang satu lagi berkenaan dengan pelanggaran yang sama.
(5)
Subseksyen (4) hendaklah terpakai sama ada atau tidak pemegang hak dan pemegang lesen eksklusif kedua-duanya merupakan pihak dalam tindakan itu.
(6)
Seseorang pemegang hak hendaklah, melalui pos atau selainnya, memberitahu mana-mana pemegang lesen eksklusif yang mempunyai hak tindakan bersama berkenaan dengan pelanggaran hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung sebelum memohon untuk mendapatkan perintah bagi penyerahan di bawah seksyen 15, dan Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan pemegang lesen eksklusif, membuat perintah bagi penyerahan yang didapatinya adil dengan mengambil kira terma lesen itu.
24
Undang-Undang Malaysia