Malaysia legislation

Section 26

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 26

(a)

jika perbuatan itu telah dilakukan dalam keadaan darurat negara atau hal keadaan lain yang memerlukan tindakan

26

Undang-Undang Malaysia segera yang amat sangat, dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, memberitahu pemegang hak bahawa perbuatan itu telah dilakukan; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, memberitahu pemegang hak dengan segera bahawa perbuatan itu telah dilakukan.

(2)

Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh

Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi pemegang hak apa-apa maklumat mengenai pelakuan perbuatan itu yang dikehendaki oleh pemegang hak itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) atau (2) boleh menghendaki Kerajaan atau orang yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya memberitahu pemegang hak atau supaya menzahirkan maklumat kepada pemegang hak jika penzahiran sedemikian akan atau dengan semunasabahnya dijangkakan mungkin menjejaskan pertahanan atau keselamatan Malaysia.

Pemegang hak berhak menerima saraan untuk penggunaan bagi maksud bukan perdagangan awam