Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
menjual, menyewakan atau mengagihkan selainnya secara perdagangan;
(b)
menawarkan atau mempamerkan untuk dijual atau disewa atau diagihkan selainnya secara perdagangan; dan
(c)
mengimport bagi maksud untuk menjual, menyewakan atau mengagihkan selainnya secara perdagangan;
“menghasilkan semula” ertinya perbuatan atau proses untuk membuat salinan reka bentuk susun atur, secara langsung atau tidak langsung, dalam bentuk material;
“negara yang layak” ertinya sesuatu negara atau wilayah yang menjadi Anggota Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia dan termasuklah sesuatu negara atau wilayah yang ditetapkan di bawah seksyen 4;
“orang yang layak” ertinya seseorang yang layak mendapat perlindungan Akta ini di bawah seksyen 6;
“pemegang hak” ertinya orang yang hendaklah dianggap sebagai orang yang mendapat manfaat daripada perlindungan yang disebut dalam seksyen 9;
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 7
“pencipta”, berhubung dengan reka bentuk bantuan komputer sesuatu reka bentuk susun atur, ertinya orang yang membuat perkiraan bagi penciptaan reka bentuk susun atur itu;
“Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia” ertinya Perjanjian
Marrakesh yang Menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang dibuat di Marrakesh pada 15 April 1994;
“reka bentuk susun atur” ertinya susunan tiga dimensi, tidak kira bagaimana jua dinyatakan, unsur-unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua saling hubungan litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang;
“reka bentuk susun atur terlindung” ertinya sesuatu reka bentuk susun atur yang dilindungi di bawah seksyen 5;
“tidak diberi kuasa”, berhubung dengan—
(a)
sesuatu salinan reka bentuk susun atur terlindung, ertinya salinan itu dibuat tanpa persetujuan pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu; dan
(b)
sesuatu litar bersepadu yang dalamnya digabungkan suatu reka bentuk susun atur terlindung, ertinya penggabungan itu dilakukan tanpa persetujuan pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu;
“tindakan” ertinya sesuatu prosiding sivil yang dimulakan dengan writ atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah dan termasuklah suatu tuntutan balas.
(2)
Sesuatu reka bentuk susun atur hendaklah dianggap telah dieksploitasikan secara perdagangan jika reka bentuk susun atur itu, suatu salinan reka bentuk susun atur itu atau suatu litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur itu (sama ada atau tidak litar bersepadu itu terkandung dalam barang lain) telah dieksploitasikan secara perdagangan di Malaysia atau di tempat lain.
(3)
Sesuatu sebutan mengenai pelakuan sesuatu perbuatan (selain mencipta) berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur termasuklah sebutan mengenai pelakuan perbuatan itu berhubung dengan suatu bahagian substansial reka bentuk susun atur itu.
8
Undang-Undang Malaysia
(4)
Sesuatu sebutan mengenai salinan sesuatu reka bentuk susun atur termasuklah sebutan mengenai salinan suatu bahagian substansial reka bentuk susun atur itu.
(5)
Sesuatu sebutan mengenai sesuatu litar bersepadu yang dibuat mengikut suatu reka bentuk susun atur termasuklah sebutan mengenai litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur itu secara substansial.
Pemakaian