Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
menetapkan borang yang dengannya notis hendaklah diberikan di bawah Akta ini dan menghendaki seseorang yang memberikan notis itu, sama ada pada masa memberikan notis itu atau pada bila-bila masa lain yang ditetapkan, atau pada kedua-dua masa itu, supaya mengemukakan keterangan dan mematuhi apa-apa syarat lain, jika ada, yang ditetapkan;
(b)
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan membelanjakan fi dan caj itu;
(c)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran wajarnya.
Kecualian