Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), suatu reka bentuk susun atur adalah asli jika—
(a)
reka bentuk susun atur itu ialah hasil usaha intelektual penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu pada masa penciptaannya; atau
(b)
berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur yang terdiri daripada gabungan unsur dan saling hubungan yang merupakan perkara biasa, gabungan itu, diambil secara keseluruhan, adalah hasil usaha intelektual penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu pada masa penciptaannya.
(3)
Akta ini melindungi segala reka bentuk susun atur yang dicipta secara berasingan yang disebut dalam subseksyen (1)
walaupun reka bentuk susun atur itu adalah serupa dan, tertakluk kepada seksyen 8, tidak kira bila reka bentuk susun atur itu dicipta.
(4)
Sesuatu reka bentuk susun atur hendaklah disifatkan tidak dicipta sehingga reka bentuk susun atur itu telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu, mengikut mana-mana yang terdahulu.
10
Undang-Undang Malaysia
Orang yang layak mendapat perlindungan