Malaysia legislation

Section 6

of AKTA REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU 2000

Seksyen 6

Perlindungan yang diberikan kepada reka bentuk susun atur di bawah Akta ini hendaklah tersedia bagi orang yang berikut:

(a)

seseorang orang sebenar yang—

(i)

merupakan rakyat, atau berdomisil atau lazimnya bermastautin di, Malaysia atau di suatu negara yang layak; atau

(ii)

mempunyai organisasi perindustrian atau perdagangan yang benar dan berkesan untuk mencipta reka bentuk susun atur atau untuk mengeluarkan litar bersepadu di Malaysia atau di suatu negara yang layak;

(b)

sesuatu entiti undang-undang yang—

(i)

diperbadankan atau dibentuk di Malaysia atau di suatu negara yang layak; atau

(ii)

mempunyai organisasi perindustrian atau perdagangan yang benar dan berkesan untuk mencipta reka bentuk susun atur atau untuk mengeluarkan litar bersepadu di Malaysia atau di suatu negara yang layak;

(c)

Kerajaan; dan

(d)

kerajaan sesuatu negara yang layak

Pemegang hak reka bentuk susun atur