Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(a)
jika reka bentuk susun atur itu tidak dicipta menurut sesuatu penugasan atau dalam menjalankan pekerjaan, pencipta reka bentuk susun atur itulah pemegang hak itu;
(b)
jika reka bentuk susun atur itu dicipta menurut sesuatu penugasan, orang yang menugaskan reka bentuk susun atur itulah pemegang hak itu; dan
(c)
jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh seseorang pekerja dalam menjalankan pekerjaannya, majikannyalah pemegang hak itu.
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 11
(2)
Seseorang boleh menjadi pemegang hak walaupun orang itu berkongsi hak mengenai reka bentuk susun atur itu dengan seseorang yang bukan orang yang layak.
(3)
Jika hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur dipegang oleh lebih daripada satu orang—
(a)
sebutan dalam Akta ini mengenai pemegang hak ialah sebutan mengenai semua pemegang hak; dan
(b)
apa-apa kehendak bagi persetujuan pemegang hak menghendaki persetujuan semua pemegang hak.
(4)
Jika sesuatu reka bentuk susun atur dipunyai oleh lebih daripada satu orang dan orang itu termasuklah seseorang yang bukan pemegang hak mengikut pengertian Akta ini, perlindungan yang dinyatakan dalam Akta ini hendaklah hanya terpakai berhubung dengan bahagian reka bentuk susun atur yang dicipta oleh pemegang hak dan segala sebutan dalam Akta ini mengenai reka bentuk susun atur terlindung hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Tempoh perlindungan