Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 4

Walau apa pun seksyen 3, yang berikut tidak dilindungi sebagai petunjuk geografi:

(a)

petunjuk geografi yang tidak sama dengan pengertian

“petunjuk geografi” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2;

(b)

petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral;

(c)

petunjuk geografi yang tidak lagi dilindungi atau telah terhenti dilindungi di negara atau wilayah asalnya; atau

(d)

petunjuk geografi yang tidak digunakan lagi di negara atau wilayah asalnya.

Pemulaan prosiding untuk mendapatkan injunksi dan ganti rugi