Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PENGUATKUASAAN KONVENSYEN PERIUK API PEMBINASA ANGGOTA 2000

Seksyen 14

Jika pada hemat seseorang Majistret, berdasarkan perakuan bersumpah, bahawa—

(a)

terdapat alasan yang munasabah untuk percaya bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di suatu pemasangan, kemudahan atau tempat atau bahawa apa-apa maklumat, dokumen, kelengkapan atau benda lain yang perlu bagi penjalanan suatu penyiasatan tentang sesuatu kesalahan boleh dijumpai di pemasangan, kemudahan atau tempat itu; atau

(b)

terdapat alasan yang munasabah untuk percaya bahawa anggota sesuatu misi pencarian fakta boleh menjumpai apa-apa maklumat, dokumen, kelengkapan atau benda lain yang berkaitan dengan pematuhan Konvensyen di sesuatu pemasangan, kemudahan atau tempat; dan

(c)

kemasukan ke pemasangan, kemudahan atau tempat itu—

(i)

perlu bagi apa-apa maksud yang berhubungan dengan misi pencarian fakta itu; dan

(ii)

telah ditolak atau terdapat sebab yang munasabah untuk percaya akan ditolak,

Majistret itu boleh, dengan waran, memberi kuasa orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk masuk ke pemasangan, kemudahan atau tempat itu pada bila-bila masa yang munasabah, dengan atau tanpa bantuan, untuk mencari dan menyita apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda itu atau untuk menjalankan pemeriksaan.

Penggeledahan dan pemeriksaan tanpa waran