Malaysia legislation
Section 21
of AKTA PENGUATKUASAAN KONVENSYEN PERIUK API PEMBINASA ANGGOTA 2000
Seksyen 21
Pelucuthakan
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda lain yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan dokumen, kelengkapan atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, kelengkapan atau benda itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walau pun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api
Pembinasa Anggota 15
(3)
Jika tiada pendakwaan tentang apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda yang disita dalam penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, dokumen, kelengkapan atau benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan pada berakhirnya satu bulan kalendar dari tarikh dokumen, kelengkapan atau benda itu disita melainkan jika suatu tuntutan tentangnya telah dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
(4)
Seseorang yang menuntut bahawa dialah pemunya apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda yang disita di bawah Akta ini dan bahawa dokumen, kelengkapan atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor tentang tuntutannya.
(5)
Apabila diterimanya suatu notis di bawah subseksyen (4)
pegawai polis itu hendaklah, selepas apa-apa penyiasatan yang perlu, mengarahkan supaya dokumen, kelengkapan atau benda itu dilepaskan atau merujukkan kes itu kepada Mahkamah Sesyen untuk keputusan.
(6)
Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya dokumen, kelengkapan atau benda itu dan orang yang daripadanya dokumen, kelengkapan atau benda itu disita hadir di hadapannya dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu,
Mahkamah Sesyen itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa dokumen, kelengkapan atau benda itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya dokumen, kelengkapan atau benda itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan dokumen, kelengkapan atau benda itu kepada orang yang berhak kepadanya.
(7)
Apa-apa dokumen, kelengkapan atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua
Polis Negara atau kepada pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua
Polis Negara dengan sewajarnya dan Ketua Polis Negara atau pegawai itu hendaklah melupuskannya mengikut cara yang diperuntukkan dalam perintah itu atau sebagaimana yang difikirkannya patut.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 603 16
Pewakilan oleh Menteri