Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PENGUATKUASAAN KONVENSYEN PERIUK API PEMBINASA ANGGOTA 2000

Seksyen 6

Kawasan berperiuk api hendaklah ditandakan

Jika suatu kawasan dikenal pasti sebagai suatu kawasan berperiuk api atau yang disyaki menjadi suatu kawasan berperiuk api, Menteri hendaklah, di mana-mana mungkin, memastikan bahawa kawasan itu ditandakan sempadannya dan dilindungi dengan pagar atau selainnya menggunakan apa-apa cara yang perlu supaya dapat memberitahu orang awam tentang adanya periuk api pembinasa anggota.

Penguatkuasaan Konvensyen Periuk Api

Pembinasa Anggota 9

Section 6 — AKTA PENGUATKUASAAN KONVENSYEN PERIUK API PEMBINASA ANGGOTA 2000