Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Buruh Pelabuhan Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan 4 Akta Pekerja-Pekerja
Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965 [Akta 419];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 607 6
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan 1957 [Akta 349];
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2).