Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000

Seksyen 8

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang dipindahkan hakmiliknya di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh, sama ada menentang atau memihak kepada Kerajaan, dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya dan telah menjadi suatu pihak kepadanya, dan bukan Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya.

Section 8 — PORT WORKERS (REGULATION OF EMPLOYMENT) (DISSOLUTION) ACT 2000