Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan
Perbadanan;
(b)
pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan;
dan
(c)
pelaksanaan keputusan Perbadanan dan arahan
Pengerusi.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.
Perbadanan Labuan 15
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
(5)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan mengikut arahan am
Perbadanan.
(6)
Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya,
Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif dalam masa
Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan