Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;
(b)
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah
Persekutuan Labuan;
(c)
memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti rekreasi dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
(d)
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
(e)
melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam
Wilayah Persekutuan Labuan;
(f)
melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
(g)
mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam
Wilayah Persekutuan Labuan; dan
(h)
menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.
(2)
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu—
(a)
untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial atau perindustrian, aktiviti yang
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
berhubungan dengan pelancongan dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b)
untuk mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan dan penjalanan projek-projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
(c)
untuk mengawal selia, meluluskan atau mengawal segala bangunan dan pengendalian bangunan dan pembaikan serta penghapusan bangunan-bangunan puing dan berbahaya, termasuk kuasa untuk melarang, menutup serta merobohkan binaan bangunan daripada sesuatu kelas, reka bentuk atau rupa tertentu dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
(d)
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan
Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
(e)
untuk memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) oleh
Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang;
(f)
dengan kelulusan Menteri, untuk menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa Perbadanan atau secara bebas;
(g)
untuk memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh
Perbadanan mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang disebut dalam
Perbadanan Labuan 11
perenggan (a) dan (b), termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
(h)
dengan kelulusan Menteri, untuk menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskan saham atau syer itu mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri;
(i)
untuk menghendaki Kerajaan Persekutuan, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang untuk mendapatkan kelulusan Perbadanan terlebih dahulu sebelum menjalankan pembangunan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
(j)
dengan kelulusan Menteri, untuk melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri;
(k)
untuk melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsinya;
(l)
untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(m)
untuk mengawal selia, menyelaraskan dan mengusahakan pembangunan, termasuk pembangunan infrastruktur, dalam Wilayah Persekutuan Labuan;
(n)
untuk membuat penilaian dan pengutipan cukai taksiran harta; dan
(o)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.
(3)
Tertakluk kepada seksyen 7, adalah menjadi tanggungjawab
Perbadanan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi-fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan pembangunan pelaburan dan pelancongan dalam Wilayah
Persekutuan Labuan.
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 609
Keanggotaan Perbadanan