Malaysia legislation
Section 102
Seksyen 102
(2)
Jika perintah percubaan itu mengandungi kehendak-kehendak yang pada pendapat Mahkamah Pengawas itu tidak dapat dipatuhi melainkan jika kanak-kanak dalam percubaan itu terus tinggal di daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu, Mahkamah
Pengawas itu tidak boleh meminda perintah itu kecuali mengikut subseksyen (4).
(3)
Jika sesuatu perintah percubaan dipinda di bawah subseksyen (1),
Mahkamah Pengawas hendaklah menghantarkan kepada Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan baharu yang dinamakan dalam perintah itu suatu salinan perintah itu bersama apa-apa dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan kes itu yang difikirkannya mungkin dapat membantu Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu.
WJW22/0178 BM.indd 136 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 137
(4)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan (3) Mahkamah
Pengawas boleh, apabila permohonan dibuat oleh pegawai akhlak atau oleh kanak-kanak dalam percubaan itu, dengan perintah meminda perintah percubaan itu dengan—
(a)
membatalkan apa-apa kehendak dalam perintah percubaan itu; atau
(b)
memasukkan ke dalam perintah percubaan itu sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi apa-apa kehendak sedemikian, apa-apa kehendak yang boleh dimasukkan ke dalam perintah itu sekiranya perintah itu dibuat oleh Mahkamah itu mengikut seksyen 98.
(5)
Mahkamah Pengawas tidak boleh meminda sesuatu perintah percubaan di bawah subseksyen (4) dengan—
(a)
mengurangkan tempoh percubaan itu; atau
(b)
melanjutkan tempoh itu menjadi lebih daripada tiga tahun dari tarikh perintah asal itu.
Pelepasan perintah percubaan