Malaysia legislation
Section 104
Seksyen 104
Apabila suatu perintah yang meminda atau melepaskan sesuatu perintah percubaan dibuat masing-masing di bawah seksyen 102
atau 103—
(a)
Mahkamah hendaklah dengan serta-merta memberikan salinan yang mencukupi perintah pindaan atau pelepasan itu kepada pegawai akhlak; dan
(b)
pegawai akhlak hendaklah memberikan suatu salinan perintah pindaan atau pelepasan itu kepada—
(i)
kanak-kanak dalam percubaan itu; dan
(ii)
orang yang menjaga asrama akhlak atau tempat di mana kanak-kanak dalam percubaan itu tinggal atau dikehendaki tinggal oleh perintah itu.