Malaysia legislation
Section 105
Seksyen 105
(2)
Sesuatu perintah yang meletakkan seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai boleh diubah atau dibatalkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau
Mahkamah Pengawas apabila permohonan dibuat oleh—
(a)
ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu;
WJW22/0178 BM.indd 138 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 139
(b)
Pelindung; atau
(c)
pegawai akhlak, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika—
(a)
permohonan dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga atau mana-mana saudara terdekat seseorang kanak-kanak yang diperintahkan supaya diletakkan dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai di bawah subseksyen (1);
dan
(b)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas yang mempunyai kuasa untuk mengubah atau membatalkan perintah itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu tidak diasuh mengikut agamanya sebagaimana yang diputuskan oleh ibu atau bapa atau penjaganya,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, melainkan jika suatu aku janji yang memuaskan hati diberikan oleh orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu telah diletakkan, sama ada membatalkan perintah itu atau mengubah perintah itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan oleh Mahkamah itu paling baik untuk menentukan bahawa kanak-kanak itu dari masa itu diasuh mengikut agama itu.
Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan daripada pemeliharaan orang yang layak dan sesuai