Malaysia legislation
Section 108
Seksyen 108
(a)
meletakkan seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai;
(b)
menghantar seseorang kanak-kanak ke suatu asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, atau institusi atau pusat yang diluluskan; atau
(c)
meletakkan seseorang kanak-kanak di suatu tempat perlindungan,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat perintah itu boleh, pada masa itu juga atau kemudiannya, membuat suatu perintah sumbangan menghendaki ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu—
(aa) pada masa pelakuan kesalahan itu yang mengakibatkan perintah itu dibuat;
(bb) sebelum suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1); atau
(cc)
sebaik sebelum bermulanya apa-apa prosiding, supaya membuat apa-apa sumbangan atau sumbangan bulanan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Mahkamah, setelah mengambil kira kemampuan ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain itu.
(2)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak boleh membuat apa-apa perintah sumbangan di bawah subseksyen (1) jika Mahkamah itu berpendapat bahawa tidak adil jika perintah sumbangan dibuat setelah mengambil kira hal keadaan dan kemampuan ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain itu.
WJW22/0178 BM.indd 141 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 142
Akta 611
(3)
Jika suatu perintah sumbangan dibuat menurut subseksyen (1), maka hendaklah menjadi kewajipan ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain itu yang terhadapnya perintah sumbangan itu dibuat untuk mematuhi perintah sumbangan itu.
(4)
Semua jumlah wang yang kena dibayar di bawah sesuatu perintah sumbangan hendaklah dibayar kepada mana-mana
Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang membuat perintah itu.
(5)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat apa-apa perintah sumbangan sedemikian boleh, dari semasa ke semasa, apabila permohonan dibuat oleh—
(a)
ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain yang terhadapnya perintah sumbangan itu dibuat;
(b)
Pelindung; atau
(c)
pegawai akhlak, menghapuskan, membuat baharu atau mengubah perintah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah apabila dibuktikan perubahan dalam hal keadaan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau kerana sebab lain yang ditunjukkan sehingga Mahkamah itu berpuas hati.
(6)
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau orang lain yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu peluang untuk didengar.
(7)
Walau apa pun subseksyen (6), sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang Pelindung atau pegawai akhlak, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
(8)
Sesuatu perintah sumbangan hendaklah terus berkuat kuasa—
(a)
dalam hal seseorang kanak-kanak yang diperintahkan supaya diletakkan dalam pemeliharaan seseorang yang
WJW22/0178 BM.indd 142 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 143
layak dan sesuai, selagi perintah itu terus berkuat kuasa;
dan
(b)
dalam hal seseorang kanak-kanak yang diperintahkan supaya dihantar ke suatu tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, atau institusi atau pusat yang diluluskan, sehingga dia tidak lagi berada di bawah pemeliharaan orang yang sedang menjaga tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, atau institusi atau pusat yang diluluskan itu.
(9)
Suatu sumbangan tidak kena dibayar di bawah sesuatu perintah sumbangan berkenaan dengan apa-apa tempoh semasa—
(a)
seseorang kanak-kanak yang diperintahkan supaya dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney berada di luar sekolah itu dengan kebenaran atau di bawah pengawasan seorang pegawai akhlak; atau
(b)
seseorang kanak-kanak yang diperintahkan supaya dihantar ke suatu tempat perlindungan bercuti dari tempat perlindungan itu atau daripada berada di bawah pengawasan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.
(10)
Jika mana-mana orang dengan sengaja abai mematuhi suatu perintah sumbangan, seorang Majistret boleh, bagi tiap-tiap pelanggaran perintah itu—
(a)
dengan waran, mengarahkan supaya amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Majistret; atau
(b)
menghukum orang itu dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi satu bulan bagi setiap bulan sumbangan yang masih belum dibayar.
(11)
Tempoh pemenjaraan yang dikenakan di bawah perenggan (10)(b) hendaklah tamat apabila amaun sumbangan yang kena dibayar itu dijelaskan.
WJW22/0178 BM.indd 143 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 144
Akta 611