Malaysia legislation

Section 113

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 113

(a)

yang mengetahui fakta dan hal keadaan sesuatu kesalahan supaya hadir di hadapannya untuk diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu;

atau

(b)

mengemukakan mana-mana kanak-kanak atau apa-apa buku, barang atau dokumen yang mungkin dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

WJW22/0178 BM.indd 147 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 148

Akta 611

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(a)—

(a)

hendaklah hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa; dan

(b)

semasa pemeriksaan itu—

(i)

hendaklah mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya atau yang boleh didapati olehnya berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia diperiksa;

(ii)

hendaklah menjawab dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya; dan

(iii)

tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia bersalah.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b)—

(a)

hendaklah mengemukakan kanak-kanak itu melainkan jika dapat ditunjukkan sehingga Pelindung berpuas hati bahawa kanak-kanak itu—

(i)

tidak lagi berada di bawah jagaan atau kawalan orang itu; dan

(ii)

orang itu tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada; dan

(b)

tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah atau melupuskan apa-apa buku, barang atau dokumen yang dinyatakan dalam perintah itu.

(4)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah itu dan subseksyen (2)

dan (3) walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.

WJW22/0178 BM.indd 148 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 149

(5)

Seseorang Pelindung yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—

(a)

pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan

(b)

dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

(6)

Jika seseorang yang diperiksa di bawah seksyen ini enggan menandatangani atau mengecapkan ibu jarinya atas pernyataan itu,

Pelindung hendaklah mengendorskan pada, rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(7)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) dan apa-apa buku, barang atau dokumen yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di mana-mana

Mahkamah bagi atau berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tidak kira sama ada prosiding itu terhadap—

(a)

orang yang diperiksa sedemikian;

(b)

orang yang mengemukakan buku, barang atau dokumen itu; atau

(c)

mana-mana orang lain.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pemeriksaan