Malaysia legislation
Section 115
Seksyen 115
Mana-mana orang yang—
(a)
enggan memberi Pelindung atau Pegawai Kebajikan
Masyarakat akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini;
(b)
menyerang, menghalang, menggalang, melengah-lengahkan atau cuba untuk menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan Pelindung, Pembantu Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini;
(c)
tidak mematuhi apa-apa permintaan, perintah atau kehendak yang sah seseorang Pelindung, Pembantu Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini;
(d)
tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
WJW22/0178 BM.indd 150 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 151
(e)
tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang
Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat, mana-mana kanak-kanak atau apa-apa buku, barang atau dokumen yang berhubungan dengannya Pelindung atau Pegawai
Kebajikan Masyarakat itu ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini telah atau sedang dilakukan;
(f)
mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; atau
(g)
memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaan benda itu, atau penahanan benda itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pelindungan informer