Malaysia legislation
Section 116
Seksyen 116
(2)
Pemberian apa-apa maklumat bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan tidak boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah atau daripada apa-apa segi lain, dikira menjadi—
(a)
pelanggaran etiket atau etika profesional; atau
(b)
bercanggah dengan standard tingkah laku profesional yang diterima.
(3)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4)
dan (6), seseorang saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah tidak boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk mendedahkan nama dan alamat seseorang informer atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan informer itu diketahui.
WJW22/0178 BM.indd 151 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 152
Akta 611
(4)
Jika apa-apa buku, rekod atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya manamana informer dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan informer itu diketahui, Mahkamah hendaklah menyebabkan supaya segala bahagian sedemikian ditutup daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi identiti informer itu daripada diketahui.
(5)
Seksyen ini terpakai bagi seseorang pengamal perubatan berdaftar, mana-mana anggota keluarga atau seseorang pengasuh kanak-kanak yang memberikan maklumat masing-masing di bawah seksyen 27, 28 atau 29 dengan cara yang sama sebagaimana seksyen ini terpakai bagi seseorang yang memberikan maklumat bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan.
(6)
Jika semasa perbicaraan bagi apa-apa kesalahan terhadap
Akta ini, Mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain Mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa identiti informer itu diketahui, maka sah bagi
Mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai informer itu.