Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
mendengar, memutuskan atau membereskan apa-apa pertuduhan terhadap seseorang kanak-kanak; atau
(b)
menjalankan apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan atau yang akan diberikan kepada Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak oleh atau di bawah Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang yang bertulis lain, hendaklah dikenali sebagai “Mahkamah Bagi Kanak-Kanak”.
WJW22/0178 BM.indd 33 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 611
(2)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada seorang Majistrest yang, pada menjalankan fungsi-fungsinya sebagai suatu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kecuali apabila membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen 39(4), 42(4), 84(3) atau 86(1), mengikut kehendak keadaan, hendaklah dibantu oleh dua orang penasihat yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada suatu panel orang yang bermastautin di Negeri itu.
(3)
Seorang daripada dua orang penasihat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah seorang wanita.
(4)
Fungsi-fungsi penasihat ialah—
(a)
untuk memaklumkan dan menasihati Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah atau pelakuan lain yang berkaitan terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan
Mahkamah itu; dan
(b)
jika perlu, untuk menasihati ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu.
(5)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.
(6)
Kecuali sebagaimana yang diubahsuaikan atau diperluas oleh Bahagian ini, Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai bagi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak seolah-olah Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak ialah Mahkamah Majistret.
Tempat bersidang dan orang yang boleh hadir di Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak