Malaysia legislation
Section 131
Seksyen 131
(2)
Penghakiman, hukuman, perintah, arahan atau keputusan
Mahkamah Juvana, Mahkamah Pengawas, Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret di bawah
Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan.
(3)
Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau di hadapan
Mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam subseksyen (2)
sebelum tarikh yang ditetapkan setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding itu berhubung dengan seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau di hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak, Mahkamah Pengawas, Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Sesyen atau Mahkamah Majistret di bawah Akta ini dan boleh disambung dan ditamatkan dengan sewajarnya pada dan selepas tarikh yang ditetapkan.
(4)
Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta Perlindungan Wanita dan
Gadis 1973 sebelum tarikh yang ditetapkan dan masih belum selesai hendaklah, setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding
WJW22/0178 BM.indd 160 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 161
itu berhubung dengan seseorang perempuan yang berumur lapan belas tahun ke atas dan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang sama, disambung dan ditamatkan di bawah Akta yang sama dan bagi maksud ini maka hendaklah dikira seolah-olah Akta itu tidak dimansuhkan.
Penerusan Majlis, dsb.