Malaysia legislation
Section 132
Seksyen 132
(2)
Anggota-anggota Majlis, Pasukan, Jawatankuasa, Lembaga dan jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan dan mana-mana pegawai dan orang yang dilantik di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan yang memegang jawatan pada hari sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terus memegang jawatan di bawah Akta ini sehingga habis tempoh pelantikan mereka atau mereka meletakkan jawatan atau pelantikan mereka dibatalkan mengikut Akta ini dan hendaklah mempunyai kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan obligasi yang sama seolah-olah mereka telah dilantik di bawah Akta ini.
(3)
Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan, diambil atau dimulakan oleh anggota-anggota Majlis, Pasukan, Jawatankuasa,
Lembaga, jawatankuasa pegawai-pegawai dan orang yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), dan oleh Lembaga Hakim Pelawat, di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada dan selepas tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta ini.
WJW22/0178 BM.indd 161 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 162
Akta 611
Penerusan kaedah-kaedah, dsb.