Malaysia legislation

Section 17

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 17

(a)

kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang saudaranya;

(b)

kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks dan ibu atau bapa atau penjaganya, yang tahu tentang kecederaan atau penganiayaan atau kemungkinan sedemikian, telah tidak melindungi atau tidak mungkin akan melindungi kanak-kanak itu daripada kecederaan atau penganiayaan sedemikian;

(c)

ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu—

(i)

tidak layak, atau telah mengabaikan, atau tidak berupaya, untuk menjalankan; atau

(ii)

telah bertindak secara cuai dalam menjalankan, pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu;

(d)

ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu telah abai atau berkeberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak itu;

WJW22/0178 BM.indd 39 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 611

(e)

kanak-kanak itu—

(i)

tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga; atau

(ii)

telah dibuang oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga itu tidak dapat ditemui;

(f)

kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat—

(i)

bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya; dan

(ii)

ibu atau bapa atau penjaganya abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian;

(g)

kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara yang, atau yang mungkin, memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan ibu atau bapa atau penjaganya tidak upaya atau berkeberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh ibu atau bapa atau penjaga itu gagal;

(h)

(Dipotong oleh Akta A1511);

(i)

kanak-kanak itu ialah seorang yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam seksyen 31, 32 dan 33 telah atau disyaki telah dilakukan dan ibu atau bapa atau penjaganya—

(i)

ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau yang disyaki telah melakukan kesalahan sedemikian; atau

(ii)

telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada kesalahan sedemikian;

WJW22/0178 BM.indd 40 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 41

(j)

kanak-kanak itu ialah—

(i)

anggota keluarga isi rumah yang sama dengan kanak-kanak yang disebut dalam perenggan (i);

atau

(ii)

anggota keluarga isi rumah yang sama dengan orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam perenggan (i), dan yang nampaknya dalam bahaya akan dilakukan ke atasnya atau berkenaan dengannya kesalahan yang serupa dan ibu atau bapa atau penjaganya—

(aa) ialah orang yang melakukan atau disyaki telah melakukan kesalahan itu;

(bb) ialah orang yang telah disabitkan atas kesalahan sedemikian; atau

(cc)

tidak upaya atau berkeberatan melindunginya daripada kesalahan sedemikian;

(k)

kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—

(i)

mengemis atau menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan;

(ii)

menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu; atau

(iii)

menjalankan apa-apa aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

(2)

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang kanak-kanak—

(a)

dicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substansial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat pengenaan kekerasan

WJW22/0178 BM.indd 41 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 611

atau agen yang bukan tidak sengaja kepada tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antara lain, laserasi, kontusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi atau gugur rambut atau kehilangan gigi;

(b)

dicederakan dari segi emosi jika ada gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu yang dibuktikan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat;

(c)

teraniaya dari segi seks jika dia telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud—

(i)

apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang; atau

(ii)

eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.