Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
pengambilan prosiding berhubung dengan kanak-kanak itu tidak wajar demi kepentingan kanak-kanak itu; atau
WJW22/0178 BM.indd 42 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 43
(b)
prosiding itu akan diambil oleh orang lain.
(2)
Seseorang Pelindung yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah, sebaik selepas pengambilan itu, menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu diberitahu tentang pengambilan itu.
(3)
Seseorang Pembantu Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah—
(a)
sebaik selepas pengambilan itu, memberitahu Pelindung tentang pengambilan itu dan menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu diberitahu tentang pengambilan itu; dan
(b)
dalam masa dua belas jam selepas pengambilan itu, membawa kanak-kanak itu ke hadapan Pelindung.
(4)
Jika kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini lepas lari atau dipindahkan tanpa kebenaran yang sah, Pelindung hendaklah menyiasat hal keadaan kes itu dan memberitahu ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang pelepasan lari atau pemindahan kanak-kanak itu.
(5)
Mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini yang lepas lari atau dipindahkan tanpa kebenaran yang sah boleh ditangkap tanpa waran oleh
Pelindung, Pembantu Pelindung atau pegawai polis.
(6)
Jika kanak-kanak itu ditangkap oleh Pelindung, kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak oleh Pelindung mengikut seksyen 19.
(7)
Jika kanak-kanak itu ditangkap oleh Pembantu Pelindung atau pegawai polis, kanak-kanak itu hendaklah dengan serta-merta dibawa ke hadapan Pelindung dan Pelindung hendaklah membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak mengikut seksyen 19.
(8)
Mana-mana orang yang—
(a)
memindahkan seseorang kanak-kanak daripada jagaan sementara di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah;
WJW22/0178 BM.indd 43 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 611
(b)
dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak untuk lepas lari daripada jagaan sementara di bawah subseksyen (1);
atau
(c)
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang kanak-kanak itu untuk kembali ke dalam jagaan sementara di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pengemukaan di hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak