Malaysia legislation

Section 19

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 19

(2)

Jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan buat sementara—

(a)

di suatu tempat selamat atau pusat; atau

(b)

dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai, sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah

Bagi Kanak-Kanak.

(3)

Jika seseorang kanak-kanak diletakkan di suatu tempat selamat atau pusat atau dalam pemeliharaan seorang yang layak dan sesuai di bawah subseksyen (2)—

(a)

orang yang menjaga tempat selamat atau pusat itu atau orang yang layak dan sesuai itu hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dan bertanggungjawab bagi penyenggaraan,

WJW22/0178 BM.indd 44 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 45

kanak-kanak itu sama seperti ibu atau bapa kanak-kanak itu; dan

(b)

kanak-kanak itu hendaklah terus berada dalam pemeliharaan orang yang disebut dalam perenggan (a) walaupun kanak-kanak itu dituntut oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau mana-mana orang lain.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1511).

(5)

(Dipotong oleh Akta A1511).

Kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan