Malaysia legislation

Section 23

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 23

Kawalan ke atas kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital

Jika seseorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital di bawah seksyen 22, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dan tanggungjawab bagi penyenggaraan, kanak-kanak itu sama seperti yang dipunyai oleh orang yang menjaga sesuatu tempat selamat jika kanak-kanak itu telah diletakkan di tempat selamat itu.