Malaysia legislation

Section 24

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 24

Kebenaran bagi rawatan perubatan

(2)

Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan, kanak-kanak yang disebut dalam seksyen 21 mengalami penyakit, kecederaan atau keadaan yang serius atau memerlukan pembedahan atau rawatan psikiatri, seorang Pelindung atau pegawai polis—

(a)

hendaklah dengan serta-merta memberitahu atau mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memberitahu

WJW22/0178 BM.indd 47 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 611

dan berunding dengan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan rawatan sedemikian; dan

(b)

boleh, dengan keizinan bertulis ibu atau bapa atau penjaga atau orang itu, membenarkan apa-apa rawatan perubatan atau pembedahan atau psikiatri yang difikirkan perlu oleh seorang pegawai perubatan.

(3)

Jika seseorang pegawai perubatan memperakui secara bertulis bahawa terdapat risiko hampir kepada kesihatan seseorang kanak-kanak, seseorang Pelindung boleh membenarkan, tanpa memperoleh keizinan yang disebut dalam subseksyen (2), apa-apa rawatan perubatan atau pembedahan atau psikiatri yang difikirkan perlu oleh pegawai perubatan itu tetapi hanya di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan rawatan sedemikian telah dengan tidak munasabah enggan memberikan, atau tidak memberikan, keizinan bagi rawatan sedemikian;

(b)

bahawa ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang disebut dalam perenggan (a) tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah; atau

(c)

Pelindung itu mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang disebut dalam perenggan (a) telah menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan, atau menganiayai dari segi seks, kanak-kanak itu.

Langkah-langkah yang hendaklah diambil selepas pemeriksaan atau rawatan perubatan

Section 24 — AKTA KANAK-KANAK 2001 | mylaw.my