Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
apabila selesai pemeriksaan atau rawatan sedemikian; atau
WJW22/0178 BM.indd 48 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 49
(b)
jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.
(2)
Jika tidak mungkin kanak-kanak itu dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan buat sementara—
(a)
di suatu tempat selamat atau pusat; atau
(b)
dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai, sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak.
(3)
Seseorang kanak-kanak yang—
(a)
diambil ke dalam jagaan di bawah subseksyen 20(4); dan
(b)
kemudiannya menjalani pemeriksaan atau rawatan perubatan, hendaklah dikembalikan kepada orang yang daripada pemeliharaannya kanak-kanak itu diambil—
(aa) apabila selesai pemeriksaan atau rawatan sedemikian; atau
(bb) jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila dia dibenarkan keluar dari hospital.
Tiada liabiliti ditanggung kerana memberikan kebenaran