Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam—
(a)
Pelindung atau pegawai polis yang membenarkan pemeriksaan atau rawatan itu;
(b)
pegawai perubatan yang memeriksa atau merawat kanak-kanak itu; dan
(c)
semua orang yang bertindak membantu pegawai perubatan itu,
WJW22/0178 BM.indd 49 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 611
tidaklah menanggung apa-apa liabiliti di sisi undang-undang hanya oleh sebab seseorang kanak-kanak telah diperiksa atau dirawat menurut seksyen itu.
(2)
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1)
mengecualikan seseorang pegawai perubatan daripada liabiliti berkenaan dengan pemeriksaan atau rawatan seseorang kanak-kanak jika liabiliti itu ialah liabiliti yang kepadanya dia akan terdedah sekiranya pemeriksaan atau rawatan itu telah dijalankan atau diberikan dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan pemeriksaan atau rawatan itu.
Kewajipan pegawai perubatan atau pengamal perubatan