Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang kanak-kanak telah diberikan oleh perintah Mahkamah di bawah subperenggan 30(1)(c)(i); atau
(b)
yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35
atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya;
“jenayah berat” termasuk —
(a)
pematian salah tidak terjumlah membunuh atau percubaan membunuh;
(b)
semua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti
Lebih Berat) 1971 [Akta 37];
(c)
semua kesalahan di bawah *Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan seumur hidup atau dengan hukuman mati;
(d)
semua kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
[Akta 234] yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama lebih daripada lima tahun atau dengan hukuman mati; dan
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 [Akta 747] yang mula berkuat kuasa pada 31 Julai 2012—lihat subseksyen 32(1)
Akta 747 dan P.U. (B) 256/2012.
WJW22/0178 BM.indd 15 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 611
(e)
semua kesalahan di bawah Akta Penculikan 1961
[Akta 365];
“kanak-kanak”—
(a)
ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;
dan
(b)
berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun
Keseksaan [Akta 574];
“kanak-kanak dalam percubaan” ertinya seseorang kanak-kanak yang sedang berada di bawah pengawasan menurut kuasa suatu perintah percubaan;
“kaunselor” ertinya mana-mana kaunselor, penolong kaunselor, pegawai psikologi atau penolong pegawai psikologi di Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
“Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Kanak-Kanak yang dilantik di bawah subseksyen 9(1);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan termasuklah Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri;
“khidmat masyarakat” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan demi kebaikan orang awam keseluruhannya di bawah ruang lingkup Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
“laporan akhlak” ertinya laporan yang disediakan oleh pegawai akhlak di bawah subseksyen 90(13);
“Lembaga Hakim Pelawat” ertinya Lembaga Hakim Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 64 Akta Penjara 1995 [Akta 537];
“Lembaga Pelawat” ertinya Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 82;
WJW22/0178 BM.indd 16 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 17
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau mana-mana Mahkamah lain, mengikut kehendak keadaan;
“Mahkamah Bagi Kanak-Kanak” ertinya Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;
“Mahkamah Majistret” ertinya Mahkamah Majistret Kelas
Pertama;
“Mahkamah Pengawas” ertinya Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang seseorang kanak-kanak dikehendaki—
(a)
untuk tinggal di bawah suatu perintah percubaan;
(b)
untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat; atau
(c)
untuk diletakkan atau ditahan di bawah mana-mana perintah lain yang dibuat di bawah Akta ini;
“Majistret” ertinya Majistret Kelas Pertama;
“Majlis” ertinya Majlis Kebangsaan bagi Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri atau Menteri-Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya sebutan mengenai
“Menteri” itu dibuat, yang bertindak secara berseorangan atau bersesama atau selepas berunding, mengikut kehendak keadaan;
“Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak” ertinya sesuatu pasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen 7a;
“Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak” ertinya sesuatu pasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen 7;
“pegawai akhlak” ertinya pegawai akhlak yang dilantik di bawah seksyen 10;
“pegawai kanan polis” mempunyai erti yang sama seperti dalam
Akta Polis 1967 [Akta 344];
WJW22/0178 BM.indd 17 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 611
“Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai
Kebajikan Masyarakat di Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat;
“Pegawai Pendidikan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta 550];
“pegawai penjara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Penjara 1995;
“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan dan termasuklah seseorang pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, tetapi tidak termasuk pengamal perubatan berdaftar di mana-mana bahagian hospital Kerajaan atau hospital pelatih perubatan sesuatu institusi pengajian tinggi awam, yang diswastakan atau diperbadankan;
“pegawai polis” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta
Polis 1967;
“pelacuran” ertinya perbuatan seseorang menawarkan tubuhnya untuk kepuasan nafsu seks kerana upah sama ada dalam bentuk wang atau barang; dan
“pelacur” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“Pelindung” ertinya—
(a)
Ketua Pengarah;
(b)
Timbalan Ketua Pengarah;
(c)
seorang Pengarah Bahagian bagi Kebajikan Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat;
(d)
(Dipotong oleh Akta A1511);
(e)
mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik di bawah seksyen 8;
WJW22/0178 BM.indd 18 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 19
“Pembantu Pelindung” ertinya seseorang yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 8a;
“pemeliharaan berasaskan keluarga” ertinya pemeliharaan seseorang kanak-kanak dalam suasana kekeluargaan termasuk—
(a)
pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa, penjaga atau saudara;
(b)
pemeliharaan seseorang kanak-kanak oleh ibu atau bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai; atau
(c)
pemeliharaan seseorang kanak-kanak di suatu pusat;
“pemunya”—
(a)
berhubung dengan mana-mana tempat—
(i)
ertinya tuan punya berdaftar tempat itu;
(ii)
penerima pajak, termasuk pemajak kecil, tempat itu sama ada berdaftar atau selainnya; atau
(iii)
ejen atau pemegang amanah mana-mana orang yang diperihalkan dalam subperenggan (i) dan
(ii)
; dan
(b)
berhubung dengan apa-apa pengangkutan, ertinya pemunya berdaftar pengangkutan itu;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Kanak-Kanak yang dilantik di bawah subseksyen 9(2) dan termasuklah Ketua Pendaftar;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971
[Akta 50];
“pengangkutan” termasuklah pesawat udara, kapal, bot atau vesel sama ada terapung atau tidak, dan apa-apa kenderaan;
“pengasuh kanak-kanak” ertinya seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;
WJW22/0178 BM.indd 19 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 611
“penghuni”—
(a)
ertinya seseorang yang menghuni atau mengawal mana-mana tempat; dan
(b)
berhubung dengan tempat-tempat yang bahagian-bahagiannya yang berlainan dihuni oleh orang yang berlainan, ertinya masing-masing orang yang menghuni atau mengawal setiap bahagian;
“penjaga”, berhubung dengan seseorang kanak-kanak, termasuklah mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak yang mengambil perhatian tentang apa-apa kes yang berhubungan dengan kanak-kanak itu atau yang melibatkan kanak-kanak itu, sedang mempunyai penjagaan atau kawalan ke atas kanak-kanak itu;
“perintah khidmat masyarakat” ertinya suatu perintah yang menghendaki seseorang kanak-kanak untuk melaksanakan khidmat masyarakat di bawah seksyen 97a;
“perintah percubaan” ertinya perintah percubaan yang dibuat di bawah seksyen 98;
“perintah Sekolah Henry Gurney” ertinya perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menghantar seseorang kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke atas ke Sekolah
Henry Gurney;
“perintah sekolah diluluskan” ertinya perintah yang dibuat oleh
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menghantar seseorang kanak-kanak ke sekolah diluluskan;
“perintah sumbangan” ertinya perintah sumbangan yang dibuat di bawah seksyen 108;
“pusat” ertinya sesuatu tempat berlindung yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh mana-mana orang termasuk Kerajaan Negeri, sama ada—
(a)
secara perseorangan; atau
(b)
melalui kerjasama atau usaha sama dengan Kerajaan
Persekutuan,
WJW22/0178 BM.indd 20 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 21
sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak di bawah seksyen 53a;
“rumah pelacuran” ertinya mana-mana tempat yang dihuni atau digunakan oleh mana-mana dua atau lebih daripada dua orang sama ada pada masa yang sama atau pada masa yang berlainan bagi maksud pelacuran;
“saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;
“Sekolah Henry Gurney” ertinya sesuatu sekolah—
(a)
yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 73;
dan
(b)
di bawah arahan dan kawalan Komisioner Jeneral Penjara dan diluluskan oleh Menteri bagi pendidikan, latihan dan penahanan orang yang dihantar ke situ menurut