Malaysia legislation

Section 31

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 31

(a)

yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau

WJW22/0178 BM.indd 56 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 57

(b)

yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu—

(a)

menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah;

dan

(b)

melaksanakan khidmat masyarakat.

(3)

Jika seseorang yang diperintahkan supaya menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik di bawah subseksyen (2) tidak mematuhi mana-mana syarat bon itu, dia boleh didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selanjutnya selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

( 3 a )   K h i d m a t m a s y a r a k a t y a n g d i s e b u t d a l a m perenggan (2)(b)—

(a)

tidak boleh kurang daripada tiga puluh enam jam dan tidak lebih daripada dua ratus empat puluh jam secara agregat;

(b)

hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu; dan

(c)

hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Mahkamah.

(3b)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah

Mahkamah supaya melaksanakan khidmat masyarakat di bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

WJW22/0178 BM.indd 57 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 611

(4)

Seseorang ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara seseorang kanak-kanak hendaklah disifatkan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi jika, sungguhpun dia berupaya mengadakan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak itu daripada sumber-sumbernya sendiri, dia tidak berbuat demikian.

(5)

Seseorang boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen ini walaupun—

(a)

penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yang berkenaan atau kemungkinan penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yang berkenaan telah dielakkan melalui tindakan orang lain; atau

(b)

kanak-kanak yang berkenaan telah mati.

Kanak-Kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis, dsb.