Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(a)
mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan;
(b)
menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu; atau
(c)
menjalankan apa-apa aktiviti lain yang menyalahi undang-undang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
WJW22/0178 BM.indd 58 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 59
(2)
Mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu melaksanakan khidmat masyarakat.
(3)
Khidmat masyarakat yang disebut dalam subseksyen (2)—
(a)
tidak boleh kurang daripada tiga puluh enam jam dan tidak lebih daripada dua ratus empat puluh jam secara agregat;
(b)
hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu; dan
(c)
hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Mahkamah.
(4)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah Mahkamah supaya melaksanakan khidmat masyarakat di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan