Malaysia legislation

Section 33

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 33

(a)

tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu;

(b)

selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau

(c)

dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

WJW22/0178 BM.indd 59 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 611

(2)

Mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu melaksanakan khidmat masyarakat.

(3)

Khidmat masyarakat yang disebut dalam subseksyen (2)—

(a)

tidak boleh kurang daripada tiga puluh enam jam dan tidak lebih daripada dua ratus empat puluh jam secara agregat;

(b)

hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu; dan

(c)

hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Mahkamah.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah Mahkamah supaya melaksanakan khidmat masyarakat di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.