Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(a)
orang itu; dan
(b)
orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu, hendaklah, tidak lewat daripada satu minggu selepas itu, memberitahu
Pelindung tentang pengambilan itu.
WJW22/0178 BM.indd 61 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 611
(2)
Apabila diterima apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Pelindung hendaklah membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut tentang—
(a)
hal keadaan dan sebab bagi pengambilan itu; dan
(b)
kesesuaian, bagi maksud itu, orang yang telah mengambil kanak-kanak itu ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya.
(3)
Jika, selepas siasatan yang disebut dalam subseksyen (2), difikirkan oleh Pelindung suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan kanak-kanak itu, dia boleh sama ada—
(a)
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaganya atau orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada semasa dia diambil; atau
(b)
membenarkan pengambilan kanak-kanak itu atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung.
(4)
Jika pengambilan seseorang kanak-kanak oleh mana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan (3)(b) tertakluk pada apa-apa terma atau syarat dan keingkaran dibuat pada mematuhi terma atau syarat itu, Pelindung, selepas mengambil kira bahawa meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya, boleh dengan waran di bawah tandatangannya memerintahkan supaya kanak-kanak itu—
(a)
diambil keluar daripada pemeliharaan, jagaan atau kawalan orang itu; dan
(b)
diletakkan—
(i)
dalam pemeliharaan saudaranya atau seorang yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung;
(ii)
di suatu pusat; atau
(iii)
di suatu tempat selamat,
WJW22/0178 BM.indd 62 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 63
sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, “orang” termasuklah sesuatu institusi atau pusat yang—
(a)
tidak disenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri; atau
(b)
tidak diluluskan oleh Menteri.
(6)
Seseorang Pelindung hendaklah, apabila menerima apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen ini, merekodkan butir-butir pemberitahuan itu dalam suatu daftar mengikut apa-apa bentuk yang ditetapkan.
(7)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Obligasi kemudiannya