Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Jika seseorang yang kepadanya saman telah disampaikan di bawah subseksyen (1) tidak mengemukakan kanak-kanak itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu,
Pelindung boleh memohon kepada seorang Majistret supaya suatu waran geledah di bawah seksyen 111 dikeluarkan untuk mencari kanak-kanak itu dan mengemukakannya di hadapan Pelindung itu.
(3)
Mana-mana kanak-kanak yang dinamakan atau diperihalkan dalam waran sedemikian boleh buat sementara waktu—
(a)
diletakkan di suatu tempat selamat; atau
(b)
diletakkan dalam jagaan saudaranya atau orang lain yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung, sehingga Pelindung itu telah menyelesaikan siasatannya di bawah
Bab ini.
(4)
Pelindung hendaklah membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut tentang—
(a)
hal keadaan dan sebab bagi pengambilan kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1); dan
(b)
kesesuaian orang yang telah mengambil kanak-kanak itu ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya.
(5)
Jika, selepas siasatan yang disebut dalam subseksyen (4), difikirkan oleh Pelindung suai manfaat demi kepentingan kanak-kanak itu, dia boleh—
(a)
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaganya atau orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu; atau
(b)
membenarkan pengambilan kanak-kanak itu atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung.
(6)
Jika pengambilan seseorang kanak-kanak oleh mana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan (5)(b) tertakluk pada apa-apa terma atau syarat dan keingkaran dibuat pada mematuhi terma atau syarat itu, Pelindung, selepas mengambil kira bahawa
WJW22/0178 BM.indd 65 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 611
meletakkan kanak-kanak dalam pemeliharaan berasaskan keluarga adalah sebaik-baiknya, boleh melalui waran di bawah tandatangannya memerintahkan supaya kanak-kanak itu—
(a)
diambil keluar daripada pemeliharaan, jagaan atau kawalan orang itu; dan
(b)
diletakkan—
(i)
dalam pemeliharaan saudaranya atau seorang yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung;
(ii)
di suatu pusat; atau
(iii)
di suatu tempat selamat, sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.