Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(1a)
Jika orang yang diperintahkan di bawah subseksyen (1)
tidak mematuhi dalam masa dua puluh empat jam perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu, Pelindung atau pegawai polis itu boleh memindahkan kanak-kanak itu dan meletakkan kanak-kanak itu buat sementara di suatu tempat perlindungan.
(2)
Tiap-tiap kanak-kanak yang diletakkan buat sementara di bawah subseksyen (1) dan (1a) hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang perlu untuk perjalanan dari tempat kanak-kanak itu dipindahkan sedemikian ke Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak.
(3)
Jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (2), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat perlindungan sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak.
(4)
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya memerlukan pelindungan dan pemulihan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat perlindungan sehingga suatu perintah dibuat oleh Mahkamah di bawah seksyen 40.
(5)
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu tidak berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya memerlukan pelindungan dan pemulihan, Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu hendaklah memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan dan jagaan ibu atau bapa atau penjaganya.
Siasatan oleh Pelindung