Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 3

(2)

Fungsi Majlis adalah—

(a)

untuk menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua isu dan aspek yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa;

(b)

untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat, termasuk di peringkat keluarga, mengenai hak dan maruah seseorang kanak-kanak;

WJW22/0178 BM.indd 22 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 23

(c)

untuk membangunkan program yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dalam usaha mencegah penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta mencegah penglibatan kanak-kanak dalam perbuatan tidak bermoral atau jenayah;

(d)

untuk memastikan bahawa standard perkhidmatan yang disediakan oleh agensi dan jabatan Kerajaan, badan atau organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta bagi pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak memenuhi keperluan kanak-kanak;

(e)

untuk menyelaraskan pelbagai sumber daripada semua pihak, termasuk agensi dan jabatan Kerajaan, badan atau organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta, yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan bagi pemeliharaan, pelindungan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak;

(f)

untuk menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubungan dengan kanak-kanak oleh agensi dan jabatan Kerajaan, badan atau organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta;

(g)

untuk mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan menjalankan serta menggalakkan kajian, yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak;

(h)

untuk mereka bentuk suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh Malaysia bagi kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;

(i)

untuk menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam proses pembuatan keputusan mengenai perkara yang menyentuh kanak-kanak;

(j)

untuk memantau aktiviti dan pelaksanaan fungsi Pasukan

Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan

Kanak-Kanak; dan

(k)

untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

WJW22/0178 BM.indd 23 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 611

(3)

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.

Dana