Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Kanak-Kanak 69
(a)
membuat suatu perintah menghendaki ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin, sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah itu tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh
Mahkamah bagi pemeliharaan dan penjagaan sepatutnya kanak-kanak itu;
(b)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah itu dalam pemeliharaan seseorang sama ada saudara atau tidak yang sanggup dan yang difikirkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak sebagai seorang yang layak dan sesuai untuk memelihara kanak-kanak itu;
(c)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan seorang Pegawai Kebajikan
Masyarakat yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah dan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah itu;
(d)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah itu; atau
WJW22/0178 BM.indd 69 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 611
(e)
membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat perlindungan selama tempoh tiga tahun dari tarikh kanak-kanak itu masuk ke sesuatu tempat perlindungan di bawah subseksyen 39(1) atau (1a), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perintah itu hendaklah menjadi kuasa untuk meletakkannya di suatu tempat perlindungan.
(2)
Dalam menentukan apakah perintah yang akan dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah memberikan pertimbangan utama kepada kepentingan kanak-kanak itu.
(3)
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu peluang untuk hadir dan didengar.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pelindung bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
(5)
Perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) atau (e)
boleh mempunyai kesan melanjutkan tempoh pengawasan atau peletakan kanak-kanak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.
(6)
Walau apa pun perenggan (1)(e), Lembaga Pelawat tempat perlindungan di mana kanak-kanak itu diletakkan boleh mengurangkan tempoh peletakan kanak-kanak itu tetapi tiada pengurangan boleh dibuat sehingga membolehkan kanak-kanak itu dilepaskan dari tempat perlindungan itu dalam masa dua belas bulan dari tarikh dia masuk ke tempat perlindungan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan itu, kecuali dengan kebenaran Menteri.
(7)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, apabila membuat suatu perintah di bawah perenggan (1)(c) atau (e), memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan
WJW22/0178 BM.indd 70 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 71
suatu bon selama tempoh perintah itu dengan apa-apa syarat yang boleh termasuk—
(a)
dalam hal perenggan (1)(c), memastikan bahawa kanak-kanak itu tinggal di dalam rumah pada masa yang ditetapkan;
dan
(b)
dalam hal perenggan (1)(e), lawatan tetap ke tempat perlindungan di mana kanak-kanak itu diletakkan.
(8)
Mana-mana kanak-kanak yang dihantar ke suatu tempat perlindungan di bawah perenggan (1)(e) hendaklah, apabila habis tempoh peletakannya sama ada—
(a)
kerana luput masa; atau
(b)
kerana apa-apa pengurangan yang dibuat menurut subseksyen (6), diletakkan di bawah pengawasan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang lain yang dilantik oleh Pelindung bagi maksud itu.
(9)
Tempoh pengawasan bagi maksud subseksyen (8) hendaklah ditentukan oleh Lembaga Pelawat tempat perlindungan itu atas syor Pelindung tetapi tidak boleh dalam apa-apa hal melebihi satu tahun dari tarikh habis tempoh peletakan kanak-kanak itu.
(10)
Menteri boleh, atas permohonan kanak-kanak itu atau ibu atau bapa atau penjaganya, mengecualikan kanak-kanak itu daripada pemakaian subseksyen (8) jika dia berpuas hati bahawa hal itu memerlukan pengecualian itu.
(11)
Tanpa menjejaskan kuasa Lembaga Pelawat menurut subseksyen (6), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, atas permohonan secara bertulis yang dibuat oleh—
(a)
seorang Pelindung;
(b)
ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang dimaksudkan dalam perintah yang dibuat di bawah seksyen ini; atau
(c)
kanak-kanak itu,
WJW22/0178 BM.indd 71 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 611
meminda, mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini—
(aa) jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan kanak-kanak itu untuk berbuat demikian; dan
(bb) apabila dibuktikan bahawa hal keadaan yang dalamnya perintah itu dibuat telah berubah selepas pembuatan perintah itu.
(12)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, dalam membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh
Mahkamah bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk yang berikut:
(a)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
atau
(b)
jika kanak-kanak itu berada di suatu institusi pendidikan, bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu hendaklah berunding dengan guru dan guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali.
(13)
Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atau arahan yang diberikan di bawah subseksyen (12) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
(14)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat bon di bawah perenggan (1)(a) atau subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kanak-Kanak yang memerlukan pelindungan dengan segera